SEJARAH SEKOLAH


  • Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka yang terletak di lokasi Lorong Tun Fatimah, Durian Daun terletak kira-kira 2 km dari bandar Melaka. Keluasan sekolah ini ialah 17 ekar 1 rod 31 pole
  • Kawasannya terletak di Lorong Tun Fatimah, Durian daun dimana terdapat bersebelahan dengannya dua lagi sekolah menengah iaitu SMK Durian Daun dan SMK Tun Tijah, dua sekolah rendah iaitu SK Durian Daun dan SJKC Ping Ming, sekolah rendah agama dan juga Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1959 dengan menumpang di Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka. Pada peringkat awal dibuka sekolah mempunyai 414 orang murid perempuan sahaja dan menggunakan dua aliran  bahasa pengantar iaitu  Bahasa Melayu dan  Bahasa Inggeris. Bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang menggunakan bahasa Melayu telah berpindah ke bangunan lain iaitu di Sekolah Menengah Tun Tijah.
  • Pada tahun 1961, SMKTPM berpindah ke tapaknya sekarang (Lorong Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka) dengan namanya Malacca Girls High School (MGHS) Pada 16  September 1962, SMK Tinggi Perempuan Melaka telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu iaitu En. Abdul Rahman bin Haji Talib.
  • Aliran Sains bermula pada tahun 1970an manakala aliran Sastera telah bermula lebih awal pada 1959 semenjak di Sekolah Menengah Gajah Berang lagi. Bilangan guru pada awal penubuhannya  hanya 29 orang guru dan 5 orang pekerja sahaja.
  • Pada asalnya jumlah blok bangunan di sekolah ini sebanyak 13 buah bangunan satu tingkat dan telah diubah suai sehingga kini terdapat 11 buah bangunan yang terdiri daripada blok bangunan 2 dan 4 tingkat serta mengekalkan 2 blok bangunan satu tingkat.
  • Bersesuaian dengan nama sekolah ini, sekolah ini ditubuhkan khas untuk murid-murid perempuan sahaja dari dahulu hingga kini

Garis Masa Sejarah Sekolah








No comments:

Post a Comment