Tuesday, October 10, 2017

Keputusan Pertandingan Galeri Sejarah 2015/2016




Alhamdulillah , usaha dihargai dan hadiah diterima pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia yang ke 61 pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) di Wisma Sejarah Kuala Lumpur.

Terima Kasih kepada Mantan Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka, Puan Sri Hajah Norliah bt Adam kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada saya, Pn Hajah Alimah bt Mohd Zain semasa itu PK Hal Ehwal Murid bersama dengan warga sekolah bersama membangunkan dan mengemaskini Galeri yang ada kepada lebih berformat dan terarah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

Semoga Galeri Warisan Sejarah SMK Tinggi Perempuan dapat terus berkembang dan memberi manafaat kepada warga sekolah khususnya dan masyarakat luar amnya.
Diharap generasi muda akan meneruskan mencipta sejarah dan mencatat kejayaan agar sekolah terus unggul dan ternama.








Penilaian Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah 2015/2016

Pada 10 Mei 2016, sekolah telah didatangi oleh Hakim penilai Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah peringkat Kebangsaan.  Sekolah telah dinobatkan menjadi Johan pertandingan peringkat negeri dan kini dinilai untuk peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada hakim penilai daripada Persatuan Sejarah
1.  Datin Hj Zuraidah Mohamad
2.  Dato Hj Abdul Rahman Yeop
3.  Tuan Ismail Tuan Mohamad.

Semoga galeri ini memdapat tempat dalam pertandingan tersebut.