PENDAHULUAN





Galeri Warisan SMK Tinggi Perempuan Melaka terbahagi kepada dua iaitu Galeri Sejarah dan Galeri Seni.

Idea mewujudkan Galeri Warisan Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melayu dicetuskan semasa persediaan menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Sekolah  pada tahun 2010

Pada ketika itu bermulalah gerakan mengumpul barangan lama, gambar-gambar, piala dan dokumen penting yang telah digunakan lebih 50 tahun lalu untuk diletakkan di sebuah bilik yang dinamakan “Bilik Warisan Sejarah Sekolah”.  Bilik itu  terletak di bahagian hujung  bangunan Blok F berhadapan dengan Surau Sekolah.
           
Pada 30 Julai 2010 bilik tersebut telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Azailiza bt Mohd Ahad yang ketika itu merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka pada tahun 1974 hingga 1978.
           

Pada bulan Ogos 2014 berlaku banjir yang telah mengakibatkan bangunan blok F dinaiki air dan menenggelamkan serta merosakkan sebahagian bahan dan peralatan di Bilik Warisan Sejarah Sekolah.  Sejak itu pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memindahkan bilik tersebut ke tempat yang lebih tinggi dan sesuai.  Kini bilik Warisan Sejarah Sekolah ditempatkan di hujung blok F berhadapan dengan Perpustakaan  Sekolah dan diberi nama sebagai Galeri Warisan. Galeri ini dimasukkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

Sebuah lagi Galeri penting di sekolah ialah Galeri Seni . Galeri Seni ini telah dibina bangunannya pada tahun 2008 bersebelahan Dataran Ilmu. Galeri ini telah dibina  setelah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Galeri ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan sekolah. Menjadi tumpuan lawatan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. 
    
Sesuai dengan Pendidikan Seni Visual sebagai Kebitaraan sekolah, Galeri ini menempatkan bahan-bahan yang merupakan hasil  karya seni visual pelajar SMK Tinggi Perempuan sejak tahun 2008 hingga ke hari ini.

Kini Galeri Seni juga merupakan Galeri Warisan Sekolah yang diletak dibawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 


Dengan adanya Galeri Warisan, bukan sahaja membolehkan warga SMK Tinggi Perempuan Melaka mengetahui perkembangan sekolah sejak permulaan bahkan dapat memartabatkannya sebagai gedung ilmu dan sekaligus sebagai muzium atau arkib di peringkat sekolah mahupun negeri Melaka. 


MATLAMAT

Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan dengan perkembangan sekolah


OBJEKTIF
  • Memelihara koleksi barang-barang  dan dokumen-dokumen lama sebagai  khazanah Warisan Sekolah
  •  Mendedahkan kepada pelajar dan guru-guru dengan kejayaan-kejayaan  sekolah yang dijadikan inspirasi  untuk kesinambungan kejayaan sekolah 
  • Melahirkan perasaan jati diri  melalui sejarah sekolah
  • Memperkenalkan sejarah SMK  Tinggi Perempuan Melaka kepada masyarakat umum.
  • Menanam  rasa cinta dan bangga akan sejarah bangsa dan negara

BAHAN KOLEKSI GALERI WARISAN

Galeri Warisan Sejarah



1.        Sejarah Sekolah
    1.1  Lokasi dan asal usul   Petempatan
    1.2  Pengasasan & Pembinaan
    1.3  Perkembangan dari segi bangunan dan
           Kemudahan

2.        Pengurusan dan Pentadbiran
     2.1 Pengetua
     2.2 Guru & Staff Sokongan

3.         Pencapaian Utama Sekolah
     3.1  Akademik
     3.2  Sahsiah dan Personaliti
     3.3  Kokurikulum
     3.4  Aktiviti, Peristiwa & Majlis Sambutan Utama
          - Album, Dokumen & Laporan
     3.5  Etos/Kebitaraan
          - Pasukan Pancaragam
          - Pendidikan Seni Visual

 4.        Jejak Bekas Pelajar
     4.1  Alumni & Aktiviti
     4.2  Pencapaian & Kejayaan Bekas Pelajar

 5.        Hubungan Masyarakat
     5.1  Persatuan Ibu bapa dan Guru
     5.2  Pegawai Perhubungan Polis
     5.3  IPTA dan IPTS
     5.4  Lain-lain Badan Kerajaan dan  Bukan Kerajaan

6.        Barangan Warisan Sekolah
     6.1 Perabot lama, Pinggan Mangkuk dan peralatan lama  Kelas ERT sekolah
     6.2 Alat-alat  Multi Media,Alat Muzik dan
     6.3  Pakaian 
           
7.        Galeri Warisan Seni
    6.1  Batik

    6.2  Hasil Kerja Kursus Seni Pelajar                                                                                                             



No comments:

Post a Comment